Lirik terbarai takde hal, ‘battle legend’ Sham Visa & Jatt Ali paling gamat di GV6


shadow

Konsert akhir Gegar Vaganza 6 sudah pun melabuhkan tirai malam tadi. Juaranya juga sudah diketahui umum apabila Naqiu dan Hady Mirza dinobat sebagai juara bersama untuk musim tersebut.

Tiada naib juara kerana kedua-dua penyanyi hebat itu berjaya memberikan persembahan yang memukau para penonton dan juga juri.

Namun begitu, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah segmen battle antara peserta. Persembahan One Nation Emcee dan Nur Fatimah nyata memulakan segmen tersebut dengan menarik diikuti Sham Visa dan Jatt Ali, Naqiu dan Hady Mirza.

Battle rap paling comel!

Dewan MBSA gamat apabila battle antara Sham Visa dan Jatt Ali cukup menghiburkan. Menyampaikan lagu Angguk-angguk Geleng-geleng nyanyian asal Ahli Fiqir, mereka terlihat agak janggal dalam melakukan persembahan tersebut.

Tetapi, membawa nama Legend, Jatt dan Sham kelihatan bergembira dengan persembahan mereka walaupun lirik serta tempo nyanyian habis ‘kelaut’.

IntanSNB@intansnbness

Cutest rap battle ever hahaha #GegarVaganza2019 #GV62,87311:01 PM – Dec 22, 2019Twitter Ads info and privacy3,756 people are talking about this

Ni baru legend, persembahan menghiburkan

Rata-rata netizen di laman sosial telah mengenepikan segala ‘undang-undang’ dalam nyanyian dan hanya bergembira dengan persembahan menghiburkan dua penyanyi senior dalam industri muzik.

Bila rocker kena rap

Netizen mulai membanjiri media sosial dengan meninggalkan pelbagai maklum balas keatas persembahan dua penyanyi rock itu. Mereka mengakui bahawa nyanyian rap mereka berdua tidak berapa bagus namun cukup meghiburkan sehinggakan satu dewan bangun dan tak kering gusi dengan persembahan mereka.

Veteran nak jadi hipster be like

Satu family gelak weyy

Part paling havoc!

Atok & Daddy punya penangan

Sampai keluar air mata

Battle paling win!

Diakhir rancangan, Sham Visa telah menduduki tempat ke-6 manakala Jatt Ali selesa di tempat ketiga Gegar Vaganza musim ini. Masing-masing membawa pulang wang tunai Rm10,000 dan Rm30,000 beserta beberapa lagi hadiah susulan.

Sumber : IntanNSb

Tinggalkan komen anda