“Benda ni haram kau tak sedar…” – Kamal Adli respon isu video lucah didakwa dirinya


shadow


Selepas video lucah seorang aktor lelaki dikatakan mirip Zul Ariffin tersebar, kini giliran pelakon Kamal Adli terpalit dengan isu yang sama.

Ada yang mendakwa terdapat rakaman video lucah seorang lelaki  sedang beraksi ‘panas’ dengan wajah menyerupai Kamal Adli, mula tular di Twitter sejak akhir-akhir ini.

Niat nak tutup periuk nasi orang

Namun, bercakap kepada media Kamal menyifatkan pihak yang menyebarkan fitnah tersebut hanyalah berniat mahu menutup periuk nasi orang lain dengan cara yang kotor.

Tambahnya, dia meminta agar lebih berhati-hati kerana pihak tersebut sememangnya berniat mengambil kesempatan menerusi video yang disebarkan, kerana ada bayaran disebaliknya, ternyata daripada sumber yang haram.

“Benda ni haram, mungkinlah kau tak sedar sekarang tapi di akhirat sebab kau dah buka aib orang, malukan orang. Saya sendiri pun tidak tahu, mungkin sebab ada tak tahu ada ‘scammer’ macam ni…”

Mengulas lanjut mengenai dakwaan tersebut, pelakon itu membuat keputusan untuk tidak memberikan sebarang kenyataan, dan hanya menyerahkan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjalankan  siasatan.

Sumber : Media Hiburan

Tinggalkan komen anda