Mamat Exists Ditahan Polis Miliki Dadah


shadow

Astro Awani hari ini melaporkan, vokalis kumpulan Exist iaitu Mamat ditahan oleh pihak polis di Taman Perling Johor malam semalam disyaki mempunyai kaitan dengan kesalahan dadah semasa menunggang motosikal bersama seorang rakannya.

Memetik laporan, Mamat dilihat dalam keadaan mencurigakan dan hasil pemeriksaan polis menemui serbuk putih dipercayai syabu seberat seberat kira-kira 0.42g yang disimpan dalam dompetnya.

Mamat dan rakannya kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Utara untuk pemeriksaan lanjut. Hasil ujian air kencing yang dibuat ke atas mereka juga mendapati kedua-dua suspek positif dadah.

Difahamkan Mamat bakal mengadakan konsert reunion bersama anggota asal kumpulan Exists pada 28 September ini di Stadium Melawati, Shah Alam.

Sementara itu, penganjur konsert Exists Reunion dalam satu kenyataan memberitahu mereka terkejut di atas kejadian tersebut dan menjelaskan bahawa konsert yang rancang itu akan berjalan seperti biasa.

Tinggalkan komen anda