Zul Yahya temui peralatan proses dadah di restorannya


shadow

PELAKON Zul Yahya, 46, berasa terkilan apabila menjumpai peralatan memproses dadah milik pekerja di restorannya.

Zul yang memuat naik gambar terbabit di Instagram mengakui sedih apabila golongan muda kini mudah terjerumus dalam kancah najis dadah.

“Assalamualaikum. Ini antara masalah yang saya hadapi daripada pekerja di restoran saya.

“Apa yang menyedihkan, mereka dalam kalangan anak remaja luar bandar dan keluarga susah tapi kerana pergaulan yang salah serta kurang jati diri mereka tersalah pilih kehidupan. Letih. Sampai bila anak bangsa kita nak hancur,” tulisnya.

Menurut Zul, dia berharap isu penyalahgunaan dadah diambil serius oleh setiap individu terutama ibu bapa supaya mengawasi pergerakan anak mereka.

“Pesanan saya pada ibu bapa sila ambil tahu mengenai pergaulan anak. Periksa apa yang anak simpan dalam kehidupan mereka.” tulisnya.

-myMetro

Tinggalkan komen anda