“Tanggal Sajalah Sarung Dekat Kepala Tu”


shadow

Ahad lalu menyaksikan Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW2019) melabuhkan tirai. Ramai selebriti turut hadir dengan pelbagai gaya fesyen, namun kali ini mata netizen lebih tertumpu kepada fesyen pelakon, Nadia Brian.


Perkongsian Nadia dalam persalinan dress pendek ‘animal printed’ nampaknya menimbulkan kecaman netizen. Selain mengenakan dress pendek, Nadia turut memakai sarung kepala seakan hijab untuk dipadankan bersama.

Rata-rata mengecam tindakan Nadia berfesyen seolah mempersendakan agama Islam apabila memakai hijab dengan pakaian seksi. Ramai meluahkan rasa marah dan merasakan Nadia tidak perlu memakai hijab dikepala.

Selain Nadia, selebriti lain seperti Mimi Lana juga pernah mendapat kecaman apabila hadir ke KLFW dengan memakai kemeja petak berwarna merah tanpa berseluar. Apapun ada batasnya dalam berfesyen, kena sentiasa beringat. (rtky/w)

Tinggalkan komen anda