‘Tak suka kongsi cerita peribadi’


shadow

“HUBUNGAN saya dengan Syafiq Kyle baik saja. Kami masih bersama,” kata pelakon Mimi Lana mengenai status hubungannya dengan aktor itu.

Mimi ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia tidak tahu bagaimana boleh timbul cerita hubungannya dengan Syafiq sudah berakhir.

“Tak tahu nak komen apa sebab saya dan Syafiq masih berkawan seperti biasa. Kami masih keluar bersama dan tidak pernah bergaduh atau berlaku perselisihan faham.

“Macam mana berita ini boleh timbul pun saya pelik. Saya tak boleh mengawal mulut orang untuk terus membuat spekulasi tidak benar.

“Biarlah apa mereka nak fikir asalkan kami tahu menjaga hubungan ini dengan baik,” katanya.

Menurut Mimi, dia sebenarnya tidak suka berkongsi cerita peribadi terlalu kerap.

“Rasanya ramai sudah tahu yang saya tak suka nak bercerita lebih mengenai hubungan peribadi.

“Cukuplah saya kongsikan hubungan saya dengan Syafiq sebelum ini. Tak perlu nak menjaja kisah cinta berlebihan kerana saya nak fokus dengan kerjaya seni lakonan dulu,” katanya.

Terdahulu timbul desas-desus mengenai keretakan hubungan cinta antara Mimi dan Syafiq apabila warganet mendakwa Mimi sudah tidak lagi mengikuti akaun Instagram kekasihnya itu.

Pada Jun lalu, Mimi dan Syafiq mendedahkan hubungan cinta mereka yang sudah terjalin sejak empat tahun lalu.

-myMetro

Tinggalkan komen anda