Fazura teruja nak sambut ulang tahun Fattah


shadow

PELAKON, Fazura, mengakui teruja untuk menyambut ulang tahun kelahiran suaminya yang juga pelakon, Fattah Amin buat pertama kali selepas hampir dua tahun berumah tangga.

Menurut pelakon filem Dendam Pontianak itu, tanggal 14 September tahun ini juga akan menjadi bulan yang istimewa buat dirinya dan suami.

“Bulan depan adalah bulan yang akan banyak dengan pelbagai aktiviti antaranya hari ulang tahun kelahiran saya dan suami.

“Selama berkenalan dan berkahwin, saya belum sempat lagi meraikan ulang tahun kelahirannya. Justeru, tahun ini akan jadi sangat istimewa kerana kami akan raikan bersama,” katanya.

Kata Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 36, sebelum ini, dia kerap berada di luar negara setiap kali menjelang hari ulang tahun kelahiran suaminya.

“Tahun lalu dan tahun sebelumnya, saya berada di luar negara dan tak berkesempatan untuk meraikan bersamanya. Namun, buat masa sekarang, saya belum ada apa-apa rancangan lagi.

“Selain itu, pada tarikh sama adalah tarikh di mana arwah bapa saya kembali ke rahmatullah. Insya-Allah, September ini akan jadi bulan yang sibuk namun ada keberkatannya,” katanya.

Selain itu, Fazura juga berkongsi bakal hadir dalam satu projek bersama suaminya.

Selain itu, filem terbaru lakonannya, Dendam Pontianak akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 12 September ini.

-myMetro

Tinggalkan komen anda