Konsert BTS jana pendapatan AS$424.2 juta untuk Korea


shadow

Acara bertemu peminat dan konsert kumpulan popular Korea Selatan, BTS yang diadakan di negara itu bulan lalu berjaya menjana ekonomi bernilai hampir 500 bilion won (AS$424.2 juta), lapor agensi berita Yonhap.

Menurut laporan pasukan penyelidikan diketuai Pyun Ju Hyun, seorang profesor di Universiti Korea, BTS menghasilkan sejumlah 481.3 bilion won (kira-kira AS$408.8 juta) yang memberi kesan dari segi pengembangan ekonomi secara langsung dan tidak langsung.

Konsert “BTS 5th Muster ” diadakan di Busan pada 15 hingga 16 Jun dan di Seoul pada 22 hingga 23 Jun.Iklan

Persembahan dua hari di Seoul sahaja menjana kira-kira 345.8 bilion won (AS$293.6 juta), menurut laporan itu.

Jumlah itu selepas menolak perbelanjaan untuk konsert termasuk kos menyewa tempat, kos penganjuran, perjalanan dan penginapan kakitangan.

Pasukan penyelidikan turut mengambil kira kesan ekonomi tidak langsung seperti impak promosi yang diadakan di bandar-bandar untuk menarik pelancong tempatan dan asing kepada BTS.

Di samping itu jelajah konsert di empat lokasi pada bulan lalu mampu menarik sejumlah 94,000 peminat di dalam dan luar negara.

“(Penyelidikan) mengesahkan pentingnya industri budaya sebagai enjin pertumbuhan ekonomi. Saya menjangkakan peristiwa seperti ini menjadi platform memacu ekonomi tempatan dan mewujudkan permintaan asing untuk melawat Korea,” kata profesor itu.

– Bernama

Tinggalkan komen anda