Penyanyi Muhammad Haziq Hasbullah berasa sedih apabila mengenangkan nasibnya yang mungkin berdepan hilang sebelah kaki akibat terbabit kemalangan 5 Julai lalu.
Seboleh-bolehnya, Haziq menyatakan dia mahu mendapatkan rawatan lain bagi menyelamatkan kaki kanan yang cedera teruk akibat salur darahnya putus.Iklan
“Tak ada cara lain ke?” katanya kepada ibunya, Linda bekas anggota kumpulan Eva.
Pada hari kejadian, Haziq membonceng motosikan bersama rakannya sebelum ditimpa kemalangan di Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Dia pada ketika itu dalam perjalanan ke Bukit Jalil.
Susulan itu, Haziq yang sebelum ini pernah menyertai kumpulan Putera Band sebagai vokalis selama dua tahun sebelum bergerak solo Februari lalu menjalani dua pembedahan di kaki kanannya.
Doktor juga menasihatkan supaya ia dipotong demi menyelamatkan nyawanya.
Terdahulu, Haziq, 19, pernah terbabit kemalangan motosikal iaitu pada 2017. Ia berpunca daripada motosikal ditunggangnya merempuh sebuah lori diparkir di bahu jalan.
Luah penyanyi Rebah Tanpamu, Tersiksa dan Dilema itu kepada Linda atau nama penuhnya Norhaslinda Ishak, 42, andai kaki kananya perlu dipotong dan itu saja caranya, dia rela pulang ke kampung untuk bersendirian.
“Kaki palsu tak sama dengan kaki betul. Saya nak balik ke kampung dan duduk sana untuk menyendiri,” rungut Haziq.
Menurut Linda, kaki kanan anak tunggalnya itu perlu dipotong ekoran ia sudah tidak berfungsi kerana darah dan oksigen tidak sampai pada bahagian bawah.
Sepatutnya kaki Haziq dipotong pada 19 Julai lalu, namun proses itu ditangguh bagi mencuba rawatan lain.
Orang ramai yang ingin membantu, boleh menghulurkan sumbangan dan menghubungi Linda menerusi Instagram: @lindaeva_official.
- malaysiakini
Tinggalkan komen anda