‘Tamat PKPD, rasa macam nak raya’


shadow

 “Alhamdulillah syukur, rasa seronok dan gembira macam hendak sambut hari raya.”

Demikian perasaan Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang Mohamed Jusoh Ismail sebaik Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) diisytihar tamat, malam tadi.

Mohamed Jusoh berkata, dia berasa bersyukur kerana semuanya berjalan dengan baik sepanjang menangani Kluster Penjara Reman.

“Juga diadakan bacaan doa, takbir dan lagu semangat oleh semua yang terbabit termasuk keluarga kakitangan.

“Keadaan dalam penjara sekarang adalah terkawal dan masih ada kira-kira tiga banduan lagi yang menjalani rawatan COVID-19,” katanya di sini, semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebelum ini mengumumkan pelaksanaan PKPD di Penjara Reman dan Kuarters Penjara Reman 15 Oktober sehingga 28 Oktober yang kemudiannya dilanjutkan lagi sehingga 11 November.

Tinggalkan komen anda