Semua pencarum KWSP terjejas boleh keluar dari Akaun 1 sehingga RM10,000, kata Tengku Zafrul


shadow

Kerajaan bersetuju membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan hingga RM10,000 daripada Akaun 1.

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz ketika mengumumkan perkara itu berkata, ia akan memberi manfaat kepada lebih 8 juta ahli.

“Setelah berbincang dengan pengurusan KWSP pagi tadi suka cita dimaklumkan bahawa program i-Sinar dibuka dan diperluas kepada semua ahli yang terjejas pendapatan, tidak kira sama ada hilang pekerjaan atau terkurang pendapatan. Ahli layak memohon untuk membuat pengeluaran dari Akaun 1.

Tinggalkan komen anda