PKPB diperluas ke tujuh negeri kecuali Perlis, Pahang, Kelantan


shadow

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kini diperluaskan ke tujuh lagi negeri kecuali Pahang, Perlis dan Kelantan selama 4 minggu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, berkata atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) pelaksanaan PKPB di seluruh negeri bagi membolehkan saringan bersasar untuk mengekang pandemik COVID-19.

“Sidang khas hari ini mendengar pembentangan KKM berhubung peningkatan kes positif COVID-19 di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia, iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Terengganu.

“PKPB ini dilaksanakan selama empat minggu bermula 9 November hingga 6 Disember ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.-BH

Tinggalkan komen anda