Pintu sempadan negara masih tutup – Ismail Sabri


shadow

Malaysia masih kekal menutup pintu sempadan negara kepada warga asing, sebagai usaha membendung penularan pandemik Covid-19, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata dengan terus mengekalkan pelaksanaan polisi ini, warga asing dari 23 negara berisiko tinggi termasuk Bangladesh, tidak dibenarkan memasuki Malaysia kecuali dengan kebenaran Jabatan Imigresen Malaysia.

“Bangladesh merupakan salah satu daripada 23 negara yang diperketatkan kemasukan kerana tergolong dalam negara yang berisiko tinggi Covid-19.

“Jabatan Imigresen belum lagi menukar polisi ini atau mencadangkan kepada kerajaan untuk melonggarkan kemasukan (pekerja warga asing),” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini hari ini.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata kerajaan Malaysia sedia mengadakan perbincangan bersama wakil negara Bangladesh berkaitan perkara tersebut.

– Bernama

Tinggalkan komen anda