SPR larang kempen bersemuka, ziarah, ‘walkbabout’


shadow

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melarang semua aktiviti berkempen secara bersemuka atau berkumpulan termasuk ziarah dan tinjauan mesra pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen, Batu Sapi ini.

Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh, berkata calon bertanding hanya boleh berkempen secara dalam talian seperti media sosial dan pengedaran risalah kempen secara pos.

Katanya, larangan itu bertujuan membendung penularan COVID-19 ketika tempoh berkempen.

“Bagi penambahbaikan aktiviti berkempen, SPR mencadangkan calon atau parti hanya dibenarkan untuk membuka satu Bilik Jawatankuasa (Bilik Gerakan Utama) sahaja.

“Bilik Gerakan Kecil atau tempat perkumpulan lain bagi calon atau parti adalah tidak dibenarkan.

“Begitu juga aktiviti ziarah oleh calon atau penyokong parti ke rumah pengundi atau ‘walkabout’ tidak dibenarkan,” katanya dalam sidang media pengumuman PRK Parlimen (P185) Batu Sapi di sini, hari ini.

Tinggalkan komen anda