Sokong Belanjawan 2021, Agong beritahu ahli Parlimen semula


shadow

Yang di-Pertuan Agong sekali lagi menggesa semua ahli Parlimen menyokong Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan 6 Nov ini demi kesejahteraan dan kelangsungan hidup rakyat serta pemulihan ekonomi negara akibat krisis Covid-19.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah turut menegaskan Belanjawan 2021 penting kepada kerajaan dan pihak berkuasa, khasnya petugas barisan depan untuk meneruskan dasar serta usaha menangani Covid-19.

“Sultan Abdullah menyeru ahli Dewan Rakyat menghormati titah nasihat untuk mereka memberhentikan segera segala perbalahan politik dan sebaliknya mengutamakan kebajikan rakyat serta kesejahteraan negara supaya Belanjawan 2021 diluluskan tanpa sebarang gangguan,” katanya dalam kenyataan hari ini.-FMT

Tinggalkan komen anda