Menteri agama disahkan positif Covid-19


shadow

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Dr Zulkifli Mohamad, mengesahkan dia dijangkiti Covid-19 sebentar tadi.

Membuat kenyataan itu di media sosial Zulkifli juga meminta memberitahu keadaan kesihatannya ketika ini adalah baik.

Pada masa sama senator itu juga menasihatkan orang ramai yang menghadiri majlis melibatkan kehadirannya antara 24 Sept hingga 4 Okt lalu agar menjalani pemeriksaan saringan Covid-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera.

“Kepada semua rakyat Malaysia, saya kini menjalani rawatan kerana disahkan positif Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah baik,” katanya.-Mkini

Tinggalkan komen anda