Larangan rentas daerah seluruh Sabah bermula 3 Oktober


shadow

LARANGAN Perjalanan Rentas daerah dikuatkuasa di seluruh Sabah bermula 3 Okt ini sehingga 15 Oktober, kata Menteri Kanan Keselamatan Ismail Sabri Yaakob.

Langkah itu berikutan penularan mendadak jangkitan Covid-19 di negeri itu, yang turut menjadi punca jangkitan baharu di seluruh negeri di semenanjung.

“Namun begitu, perkhidmatan perlu seperti keperluan bekalan makanan, perubatan, keselamatan dan lain-lain adalah dibenarkan untuk melakukan perjalanan rentas daerah.

“Sepanjang tempoh ini, mereka yang sedang dikuarantin dan akan tamat tempoh kuarantin dibenarkan pulang ke daerah masing-masing atau pulang ke semenanjung, Sarawak dan Labuan.”

Dengan itu juga, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna kekal berkuatkuasa, katanya.

PKPDB dikuatkuasa di empat daerah tersebut bermula 27 September, sehari selepas pilihan raya negeri Sabah.

Pada tarikh itu juga, kesemua individu yang tiba dari tersebut diwajibkan menjalani saringan dan menjalani kuarantin.

Dalam tempoh 10 hari sebelumnya, beberapa kluster baharu dikesan di semenanjung, berpunca dari individu yang tiba dari negeri itu.

Kawalan dalam negara kini dibuat bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan sejak Jun.

Sejak itu, beberapa kawasan yang mencatat peningkatan tinggi dikawal bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan secara pentadbiran.

Tinggalkan komen anda