Pengurusan Jaya Grocer Mutiara Tropicana di sini mengesahkan seorang kakitangannya disahkan positif Covid-19 semalam.
“Individu berkenaan dinasihatkan untuk menjalani kuarantin kendiri bermula 6 Okt ketika beliau menetap di asrama Kelab Golf Tropicana dan tiada kakitangan lain menetap di kawasan berkenaan.
“Dimaklumkan juga pekerja ini tidak menghadirkan diri di Jaya Grocer Mutiara Tropicana sejak 6 Okt dan tidak mempunyai sebarang kontak rapat dengan mana-mana rakan sekerjanya sejak tarikh berkenaan,” kata pengurusan Jaya Grocer dalam kenyataan hari ini.
Sebagai langkah berjaga-jaga, kedai runcit terbabit ditutup hari ini bagi tujuan ujian saringan melibatkan semua kakitangannya.
“Cawangan ini akan ditutup sehingga semua keputusan diperolehi, manakala aktiviti pembasmian kuman dan pembersihan juga akan dijalankan,” menurut kenyataan itu.
Lembah Klang menyaksikan peningkatan kes jangkitan Covid-19 sejak kebelakangan ini menyebabkan beberapa pusat beli belah melaporkan kes positif wabak tersebut.
Pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) kini menyebakan kebanyakan tempat tumpuan orang ramai lengang dengan anggota masyarakat menghabiskan lebih banyak masa di rumah.-FMT
Tinggalkan komen anda