Kementerian Kesihatan akan menjalankan lebih banyak saringan secara terus di lapangan dengan meningkatkan kapasiti ujian bagi mengenal pasti jangkitan COVID-19 dalam kalangan penduduk di kawasan berisiko.
Aktiviti saringan itu akan dilaksanakan khususnya di daerah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dan PKPD secara pentadbiran.
Dalam ciapan Tweeter, katanya, sehingga kini Sabah merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 277 kes atau mewakili 74.1 peratus, semalam.

“Kes COVID-19 di Kedah pula semakin terkawal dan semalam semua 27 kes dari Kluster Tembok.
“Kes ini terasing dalam penjara, manakala kluster lain seperti Sungai dan Tawar terkawal hasil tindakan kesihatan awam yang dijalankan Kementerian Kesihatan,” katanya.
Berdasarkan situasi semalam, 113 kes di Sabah daripada keseluruhan 277 membabitkan saringan kontak rapat kes posiitf COVID-19.
Sebanyak 31 kes daripada kluster sedia ada, 15 kes membabitkan kluster baharu, iaitu kluster Highway dan baki 118 kes daripada saringan lain COVID-19.
Di 11 zon merah di Sabah, daerah Tuaran merekodkan penambahan kes paling tinggi semalam dengan 56; diikuti Sandakan (48); Tawau (39), Semporna (36); Kota Kinabalu (35); Lahad Datu (17); Papar (11); Putatan (sembilan); Penampang (lapan); Kunak (lima).
Tiada pertambahan kes di Kota Belud semalam, meskipun berada dalam zon merah.
Bagi 10 zon kuning di negeri itu pula, Beaufort merekodkan penambahan lima kes semalam, dan masing-masing satu kes di lima daerah itu Kuala Penyu, Keningau, Sipitang, Kudat dan Beluran.
Bagaimanapun tiada penambahan kes di empat zon kuning iaitu di Ranau, Tambunan, Kinabatangan dan Tenom.
Sementara itu, di Kedah, Kota Setar yang berada dalam zon merah merekodkan sebanyak 26 penambahan kes baharu semalam, dengan satu lagi kes dicatatkan di zon kuning, iaitu di Kulim.
Bagi baki tujuh lagi zon kuning di Kedah iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Pendang, Sik, Baling, Kuala Muda dan Yan tidak menyaksikan sebarang penambahan kes baharu, semalam.
Kes di Lembah Klang pula merangkumi 13.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes, iaitu Negeri Selangor mencatat sebanyak 44 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (empat) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya satu kes.
Sebanyak 17 daripada 374 kes dilaporkan semalam ialah pengunjung yang pulang dari Sabah, sekaligus menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September lalu ialah sebanyak 341 kes, iaitu enam daripada 17 kes itu dilaporkan di negeri Selangor (35 peratus).
Enam kluster baharu dikenal pasti semalam, iaitu empat kluster di negeri Selangor, masing-masing satu kluster di Sarawak dan Sabah selain 10 kluster aktif lain turut mencatat kes positif COVID-19.
Tinggalkan komen anda