Istana Negara memaklumkan Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak mengemukakan senarai nama ahli Dewan Rakyat untuk mengukuhkan dakwaannya yang mempunyai sokongan.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, dalam sesi yang berlangsung selama lebih kurang 25 minit itu, Anwar mengemukakan jumlah ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada beliau.
“Sehubungan dengan itu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah telah menasihati Anwar untuk akur dan menghormati proses-proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.-FMT
Tinggalkan komen anda