Adun: Bekalan air Selangor kena sabotaj?


shadow

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Anggerik Najwan Halimi membangkitkan sama ada terdapat sabotaj terhadap bekalan air Selangor sehingga bekalan sering terganggu.

“Kekerapan berlakunya insiden henti tugas tidak berjadual mutakhir ini perlu disiasat dan tindakan tegas wajib diambil oleh Kerajaan Negeri.

“Apakah wujud unsur sabotaj dan khianat hingga acapkali sumber air Selangor dicemar oleh pihak tidak bertanggungjawab?” soalnya di Twitter.

 Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) pagi ini mengumumkan 1,196,457 akaun daripada 1,292 kawasan di Lembah Klang mengalami masalah gangguan air disebabkan pencemaran di Sungai Selangor pada jam 2 pagi.

Najwan berkata demikian ketika mengulas kemas kini Menteri Besar Amirudin Shari berkaitan status semasa di media sosialnya.

“Saya kini di Intake Sungai Selangor Fasa 2 untuk meninjau kerja-kerja pemulihan bekalan air akibat pencemaran yang dikesan awal pagi ini. Kadar pencemaran kini ialah 1 ton.

“Bekalan air akan mula disalur apabila bacaan cecah 0 ton. Usaha pemulihan pencemaran sedang giat dilaksanakan,” katanya.

Tinggalkan komen anda