ua aktivis hak Melayu yang menyembur cat pada tulisan Cina papan tanda jalan ditahan selepas beberapa jam berada di Balai Polis Jalan Patani untuk disoal.
Mohd Firdaus Adnan, yang lebih dikenali sebagai “Tok Singa”, dan Azmi Jaafar dari PAS dipanggil ke balai pada 9 malam semalam, kata peguam mereka, Shamsher Singh Thind.
Beliau berkata mereka disoal sehingga 4 pagi dan dibebaskan dengan jaminan polis selepas berjanji akan bekerjasama dengan untuk sebarang pertanyaan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 427 dan 505(c) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kerugian dan membuat kenyataan yang mendatang khianat awam, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana berkongsi kandungan jelik dalam talian.
Ketua Polis Daerah Timur Laut Soffian Santong mengesahkan penahanan dan berkata siasatan sedang dijalankan.
Firdaus dan Azmi dilihat menerusi perkongsian di media sosial menyembur cat pada tulisan Cina papan tanda jalan di kawasan warisan pada malam Ahad, mengatakan hanya Bahasa Melayu boleh digunakan kerana bahasa rasmi.
Kemudian, Firdaus menerusi Facebook berkata laman “Tok Singa” dipadam oleh syarikat media sosial itu kerana melanggar piawaian komuniti mereka. Katanya, dia akan menggunakan laman baharu untuk berkomunikasi dengan “peminatnya”.-FMT
Tinggalkan komen anda