Timbalan menteri hina rakyat Sabah, kata senator


shadow

TIMBALAN menteri Abdul Rahim Bakri dan Zahidi Zainul Abidin menghina rakyat Sabah kerana msih terus cuba mengecam pelajar Veveonah Mosibin, dan tidak mengendahkan isu sebenar tentang sambungan Internet yang lemah di negeri itu, kada senator DAP.

Adrian Lasimbang berkata Veveonah, 18, pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), memberikan gambaran sebenar masalah itu.

“Ramai yang seperti Veveonah di Sabah.

“Kenyataan mereka ini satu penghinaan kepada rakyat Sabah. Lebih-lebih lagi Rahim, yang merupakan wakil rakyat dari Sabah, kepada isu sebenar berkenaan kesukaran mendapat capaian internet yang dihadapi rakyat Sabah khususnya di kawasan pendalaman.

“Masih banyak kawasan kampung di Sabah berdepan dengan masalah capaian Internet,” katanya dalam satu kenyataan.

“Masih banyak kawasan kampung di Sabah berdepan dengan masalah capaian Onternet dan ia memberi impak kepada akses pembelajaran atas talian ketika perintah kawalan pergerakan (PKP).”

Beliau memetik contoh di Kampung Tilis, Tenom di mana pelajar terpaksa memanjat bukit hampir 30 hingga 40 minit untuk mendapat capaian Internet.

“Oleh itu, Ahli Parlimen Tenom Noorita Sual membina pondok kecil di kawasan bukit supaya anak-anak dari Kampung Tilis mempunyai tempat berteduh semasa mendapat akses Internet,” katanya.

Lasimbang mengulas komen Rahim yang juga ahli Parlimen Kudat dan timbalan menteri kewangan, serta Zahidi iaitu ahli Parlimen Padang Besar dan timbalan menteri komunikasi dan multimedia.

Rahim berkata beliau menyiasat dakwaan Veveonah seperti dalam video YouTube yang beliau terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan capaian akses Internet bagi membolehkannya menduduki peperiksaan secara online pada Jun.

Menerusi siasatannya, Rahim berkata dakwaan pelajar itu dalam videonya adalah tidak benar.

Sementara itu, Zahidi minggu lalu berkata video Veveonah bertujuan untuk menarik perhatian kepada dirinya dan pelajar itu menipu tentang menduduki peperiksaan.

Walaupun kemudiannya meminta maaf, Zahidi semalam menyalahkan Rahim kerana memberikan maklumat itu.

Kedua-dua timbalan menteri itu dikecam di media sosial kerana dikatakan mengecam pelajar itu dan pada masa sama gagal menyelesaikan masalah sebenar.

Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh hari ini berkata kedua-dua timbalan menteri itu “pembuli siber”. 

Tinggalkan komen anda