Tidak perlu terikut-ikut dengan parti khas belia, kata BN Johor


shadow

ANAK muda dan “orang lama” perlu bersama untuk memperkukuh perpaduan, bukan berjuang di bawah parti yang khusus untuk mereka, kata Pengerusi Barisan Nasional  (BN) Johor Ir Hasni Mohammad.

Menurut menteri besar Johor itu, penubuhan parti khusus untuk orang muda juga memberi gambaran seolah-olah golongan tersebut  tidak menghormati “orang lama”.

“Anak muda di Johor sudah ada saluran untuk mengetengahkan suara mereka.

“Justeru tidak perlu terikut-ikut dengan sebuah parti khusus untuk orang muda seperti yang mahu ditubuhkan oleh Ahli Parlimen Muar (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman),” katanya pada Pelancaran Jentera Pemuda BN Parlimen Sri Gading di  Parit Raja hari ini.

Minggu lalu, Syed Saddiq yang juga bekas menteri belia dan sukan dilaporkan berkata beliau tidak akan menyertai parti Pejuang yang diasaskan oleh Dr Mahathir Mohamad, sebaliknya akan menubuhkan sebuah parti berpaksikan orang muda pelbagai kaum.

Tinggalkan komen anda