Seperti Ibu Ketam Menyuruh Anaknya Berjalan Lurus.


shadow

Baru sebentar tadi, Menteri ‘Surat Sokongan’ menjual cerita kononnya kementerian beliau telah menjalankan serbuan serta mengeluarkan saman terbesar kepada premis-premis dan individu atau kumpulan individu yang didapati bersalah melanggar Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP)

Dalam sidang media yang baharu sahaja diadakan, Menteri tersebut mengiktiraf bahawa kebanyakkan premis yang telah disaman adalah pusat hiburan dan pub yang pada umumnya melanggar PKP kerana Kerajaan belum memberikan kebenaran kepada pemilik-pemilik premis ini untuk beroperasi. Beliau juga menekankan bahawa PBT perlu lebih tegas dalam menghukum pesalah-pesalah tersebut.

Persoalannya sekarang, kalau menteri langgar PKP pun tak jadi masalah, apakah Menteri ‘Surat Sokongan’ ini benar-benar berpendapat bahawa rakyat akan menjadi seperti lembu yang dicucuk dan menurut tanpa soal? Kedua; sekiranya benar Kerajaan PN belum membenarkan mereka ini beroperasi, adakah masalah ‘duit kopi’ yang melibatkan PBT ini belum selesai? Polis mana polis? Berapa banyak duit rakyat telah digunakan untuk melengkapkan mereka dengan teknologi terkini untuk membantu mereka menjalankan tugas? Dah 2020 pun masih nak tunggu ‘laporan’ dibuat?

Bila cakap korang duduk besarkan perut marah, tapi itulah hakikatnya. Konfirm takde yang report, sebab yang pegi mabuk semua memang nak mabuk. Rakyat yang duduk rumah, ikut SOP bukan tahu kedai-kedai ni beroperasi. Tak hairan kalau selepas ini ada ‘serbuan’ atau ‘saman’ dikeluarkan kepada rumah-rumah urut pulak.

Sembang ‘angka’ memang hebat! Tapi hakikatnya ‘aku buat takpa, korang buat salah’

Tinggalkan komen anda