Loji rawatan air Selangor kembali beroperasi


shadow

LOJI rawatan air Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang kembali beroperasi selepas ditutup kerana pencemaran.

Lembaga Urus Air Selangor (Luas) mengumumkannya awal hari ini di Facebook. 

Namun, ia tidak menyatakan bila bekalan air kepada kira-kira 1.2 juta pengguna di Lembah Klang akan disambung semula.

“Sukacita dimaklumkan bahawa LRA SSP 1, 2 & 3 telah beroperasi  secara berperingkat bermula 10.30 malam tadi (4 September 2020). 

“Walaubagaimanapun aktiviti pencucian dan flushing akan dilaksanakan. Kualiti air terawat akan dipantau bagi mengelakkan impak negatif kepada pengguna,” tulisnya.

Sebahagian besar Lembah Klang, termasuk Kuala Lumpur, Klang, Shah Alam dan Gombak, mengalami gangguan bekalan air yang dijangka berterusan sehingga Isnin.

Ketua Air Selangor Suhaimi Kamaralzaman berkata pada Jumaat yang bekalan air hanya akan disambung apabila bacaan TON turun kepada sifar di loji yang terjejas.

Bacaan pada pukul 8.30 malam tadi adalah 1 TON.

Kemas kini mengenai keadaan boleh didapati di aplikasi Air Selangor.

Tinggalkan komen anda