Hakikat Pemimpin yang Jiwanya Pembohong


shadow

Kes terbaharu ni memang sensatif sikit. Sebabnya? Sebab ia menunjukkan bertapa ‘pemimpin’ yang ada hari ini berada dalam ‘state of denial’. Penerangan pihak UMS sebenarnya menelanjangkan kerajaan pintu belakang ini dengan mengesahkan bahawa pemimpin yang dilantik pembelot akan senantiasa memperkecilkan rakyat.

Minggu lepas tular YB PAS kata rakyat takde hak nak mintak dia berenti, minggu ini, Zahidi pulak cuba memperlekehkan kesusahan Veveonah dengan mengalih isu yang dia sendiri timbulkan kerana menuduh pelajar itu ‘berbohong’ untuk mendapat perhatian. Inilah sikap pemimpin UMPAS dan PBBM yang ada sekarang. Perjuangan mereka bukan untuk rakyat tetapi demi memastikan kelangsungan kerjaya politik masing-masing.

Sikap ‘sweeping under the floor’ ini sebenarnya memperlihatkan niat mereka sebenarnya hendak menyembunyikan kelemahan sedia ada. Pada mata mereka, rakyat tak boleh mengadu permasalahan sebab fokus mereka hanyalah pada kelangsungan politik masing-masing. Bayangkan, pertaruhan 5 perjuru untuk pilihanraya Sabah ini pun sudah menggambarkan mereka ‘gila kuasa’.

Tanpa mengetahui perkara asas tahap sosio ekonomi negeri tersebut, Timbalan Menteri tersebut telah berusaha sekeras-kerasnya untuk memperkecilkan isu yang menjadi asas kepada rakyat. Kalau isu asas pun tidak mereka pedulikan, apa lagi kalau perkara itu lebih rumit? Inikah kebangaan kerajaan Melayu Islam yang nak dipertunjukkan? Inikah laungan Melayu Islam yang penyokong mereka banggakan? Patutlah saudar-saudara kita di Sabah dan Sarawak rasa terasing dari Malaysia. Sampai bila kita sebagai rakyat nak terima penghinaan sebegini? Sudahlah kelulusan Zahidi juga menjadi tanda tanya, ada hati nak kata orang lain menipu jugak? Hanya yang bersalah akan menuduh tanpa asas demi mengalih perhatian ye tak?

Tinggalkan komen anda