Filipina tak berani tuntut Sabah semasa BN perintah, kata Najib


shadow

KERAJAAN Filipina tidak pernah membangkitkan isu tuntutan ke atas Sabah semasa kerajaan di bawah Barisan Nasional (BN), kata bekas perdana menteri Najib Razak.

Beliau menyelar kenyataan ketua menteri sementara Mohd Shafie Apdal bahawa kerajaan Malaysia dan Filipina perlu berunding berhubung tuntutan itu.

Bagaimanapun, laporan berita pada Januari 2018 mendedahkan kerajaan Filipina ada mengemukakan tuntutan, semasa Najib jadi perdana menteri.

“Sebab dia (Filipina) hormat pada kita. Mungkin mereka takut pada kita. 

“Zaman BN, masalah Filipina kita bantu. Mereka berperang dengan Moro kita bantu,” kata Najib, merujuk yang terlibat dalam penyelesaian pertikaian antara Manila dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Putrajaya menegaskan tidak akan melayan sebarang rundingan dengan Filipina berkenaan tuntutan ke atas Sabah.

“Satu perkara yang tidak lagi dipertaikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dah iktiraf bahawa Sabah sebahagian daripada Malaysia, kerana pilihan Sabah berada dalam Malaysia dibuat pada 1962.

“Kenapa hari ini nak bangkit? Saya hairan kenapa orang Sabah sendiri bangkit perkara ini?”

Menurut Najib lagi, selain menguruskan negara dengan baik BN berjaya menjadikan Malaysia dipandang sebagai negara yang kuat.

“Di bawah BN, kedudukan Sabah, kedaulatan Sabah tidak boleh dirundingkan. Kalau siapa nak pertikaikan Sabah, langkah mayat kita dulu.”

Tinggalkan komen anda