Ahli Parlimen bantu penganggur cari kerja


shadow

Disebabkan ramai yang mungkin kehilangan kerja selepas program subsidi upah berakhir bulan ini, seorang ahli Parlimen tampil membantu rakyat mencari pekerjaan.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil membuka sebuah pusat kerja dan latihan 2 tingkat di bangunan bersebelahan pusat khidmatnya. Ia akan fokus membantu penduduk di kawasan Parlimennya dan mereka yang tinggal dalam jarak 10km dari kawasan Parlimen itu, tetapi “kita tidak akan menolak untuk membantu orang lain”.

Pusat itu akan bekerjasama dengan perniagaan tempatan, agensi kerajaan, Tabung Pembangunan Sumber Manusia dan Jabatan Tenaga Kerja untuk kekosongan pekerjaan di kawasan itu.

“Ideanya ialah melihat jika boleh bekerja dalam kawasan setempat dengan tidak perlu berulang-alik 3 jam setiap hari.”

Kawasan Parlimen Lembah Pantai merangkumi Bangsar, Kampung Kerinchi (Bangsar South), KL Eco City, Pusat Beli-belah Mid Valley, Brickfields dan KL Sentral.

Sasaran utama ialah individu dalam kumpulan B40 (terdiri daripada mereka di bawah 40% masyarakat berdasarkan tahap pendapatan).

Pusat kerja dan latihan 2 tingkat di Lembah Pantai akan mula beroperasi esok.

Tetapi katanya, perkhidmatan pusat itu terbuka untuk semua.

Pusat itu akan membantu memadankan penganggur dengan pekerjaan yang ada serta melatih mereka dengan kemahiran sesuai untuk diambil bekerja.

“Kami juga akan melihat sokongan sektor,” katanya sambil memetik contoh pembersih yang dibuang kerja akibat penutupan hotel, tetapi masih boleh dipindahkan ke syarikat lain di kawasan Lembah Pantai.

Pusat itu akan membantu orang untuk menubuhkan perniagaan dalam talian.

“Ia bukan saja melibatkan jualan makanan atau pakaian. Ia boleh terdiri daripada jualan pelitup muka fabrik atau perniagaan lain,” katanya.

Beliau berkata, seorang penduduk di Johor Bahru meraih pendapatan RM20,000 sebulan dengan menterjemah artikel dan menyalin nota dari syarikat Amerika Syarikat.

katanya, ada peluang untuk rakyat bekerja dari rumah, tetapi ramai yang tidak tahu kewujudan pelbagai peluang itu.

“Kita tak boleh jadi pemandu e-panggilan selamanya. Kita perlu lihat apa perkara besar seterusnya?”

Beliau berkata, pusat kerja itu juga berharap boleh mendapat lebih banyak maklumat mengenai permintaan dan tawaran dalam pasaran kerja memandangkan tiada statistik mengenai jumlah penganggur berdasarkan kawasan Parlimen.

“Kita sekarang ada statistik pengangguran berdasarkan negeri saja.”

Pusat kerja dan latihan itu yang akan mula beroperasi esok turut dilengkapi sebuah dewan, perpustakaan dan pusat internet untuk belia. Layari pklp.my untuk maklumat lanjut.

Tinggalkan komen anda