111 kes baru, jangkitan melonjak ke tiga angka – KKM


shadow

Kes jangkitan Covid-19 di Malaysia kembali melonjak ke tiga angka dengan 111 kes baru direkodkan setakat 12 tengah hari tadi, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

“Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 10,687 kes. 

“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 858 kes,” katanya pada satu kenyataan.

Daripada 111 kes baru itu, empat adalah kes import dan 107 kes penularan dalam negara.

Sabah terus mencatatkan kes baru tertinggi sebanyak 97 kes. Sebahagian besarnya daripada Kluster Bangau-Bangau dengan 74 kes.

Tinggalkan komen anda