SME Bank luluskan 940 permohonan PRIHATIN


shadow

Sebagai tindak balas terhadap pelbagai pakej rangsangan yang diumumkan oleh Kerajaan, SME Bank, melalui PRIHATIN, telah berjaya menyetujui 940 permohonan berjumlah RM503.04 juta di bawah Kemudahan Bantuan Khas (SRF).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SME Bank, Aria Putera Ismail berkata usaha itu merupakan antara komitmen SME Bank dalam membantu kerajaan menjana ekonomi rakyat.

Selain itu, sebagai tambahan kepada SRF, SME Bank juga telah memproses 15 aplikasi Agrofood Facility (AF) bernilai RM7.83 juta.

“SME Bank bergerak seiiring dengan kehendak kerajaan iaitu untuk menjana pendapat peniaga yang terjejas akibat penularan pandemic Covid 19.

“Pelbagai initiatif disediakan dan antaranya termasuklah Kemudahan Automasi dan Digitalisasi (ADF) dan Semua Sektor Ekonomi (AES) adalah antara dana yang disediakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membantu pengusaha PKS yang terjejas oleh krisis COVID-19,” katanya.

Aria menambah, di bawah PENJANA, SME Bank telah diamanahkan untuk mengelola dua dana penting dalam upaya untuk mendukung kelangsungan usaha peniaga terutama di sektor pembinaan, perkhidmatan dan pembuatan setelah krisis COVID-19.

“Mungkin ramai yang sudah lupa dengan beberapa usaha SME Bank namun kami telah memperuntukkan RM1.6 bilion untuk Skim Go SME dan RM500 juta untuk Dana Transformasi Teknologi PKS (STTF).

“Pelaksanaan program transformasi digital telah memungkinkan SME Bank meningkatkan kecekapan operasi dan kualiti perkhidmatannya dengan mengurangi proses yang berlebihan dan menggunakan digitalisasi sebagai solusi pembiayaan.

“Kaedah ini telah membantu Bank untuk memendekkan proses permohonan terutamanya semasa krisis COVID-19 di mana pengusaha PKS memerlukan bantuan kewangan dengan cepat. “

Sehubungan dengan itu, inisiatif yang dijalankan oleh pengurusan SME Bank ini dilihat telah membuahkan hasil apabila Bank mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM213.9 juta dan telah meluluskan pembiayaan berjumlah RM2.1 bilion kepada 529 usahawan pada 2019.

Di samping itu, SME Bank juga telah mencatatkan portfolio pembiayaan kasar sebanyak RM6.4 bilion.

“Kejayaan ini merupakan bukti komitmen SME Bank dalam mendukung usaha kerajaan untuk mewujudkan ekosistem usahawan yang kuat dan kompetitif.

“Kestabilan operasi SME Bank juga akan membantu Kerajaan dalam mencapai Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi Post COVID-19 yang merupakan usaha Kerajaan dalam memastikan kelestarian sektor peniaga setelah dilanda krisis ini.

Tinggalkan komen anda