Mahkamah Rayuan dengar permohonan Musa Aman 7 Sept ini


shadow

Mahkamah Rayuan menetapkan 7 Sept ini untuk mendengar permohonan Musa Aman dan 32 lagi Adun untuk menggantung keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung pembubaran dewan undangan negeri Sabah.

Mahkamah juga menetapkan tarikh yang sama untuk mendengar rayuan 33 Adun terbabit berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengenai pembubaran DUN Sabah.  

Tiga hakim bersidang hari ini diketuai Yaacob Md Sam.

Pada 21 Ogos lalu Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menolak permohonan Musa dan Adun yang menyokongnya untuk mendapatkan semakan kehakiman terhadap pembubaran DUN Sabah.

Ia dilakukan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Juhar Mahiruddin, selepas mendapat nasihat Ketua Menteri, Mohd Shafie Apdal. 

Tinggalkan komen anda