Jangan jadikan pandemic sebagai penyebab syarikat gulung tikar


shadow

Sektor pelancongan, pengangkutan, pendidikan dan kesihatan antara bidang yang terkesan teruk disebabkan pandemic Covid-19.

Dapat dilihat satu persatu syarikat terpaksa gulung tikar sepanjang tempoh PKP dan keadaan itu dilihat semakin berpanjang.

Bagi membantu pemain-pemain industri yang terkesan teruk akibat pandemic Covid19, SME Bank telah memperkenalkan Program Bantuan PKS (SRP).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SME Bank, Aria Putera Ismail berkata program berkenaan dilihat boleh dijadikan alternatif terakhir buat peniaga kerana tempoh moratorium enam bulan, yang diperkenalkan oleh sektor perbankan untuk pelanggan yang terjejas Covid-19, bakal berakhir pada 30 September.

Apa yang dilihat, program SRP ini akan memberi manfaat kepada 3,000 pelanggan SME Bank dengan jumlah pembiayaan bernilai lebih dari RM1.8 bilion.

“Peniaga yang buntu akibat perniagaan yang terjejas akibat pandemic ini boleh memohon pembiayaan dengan SME Bank.

“Jangan jadikan pandemic ini sebagai penyebab syarikat gulung tikar.

“Semua pelanggan SME Bank yang ada layak untuk memohon bantuan yang ditawarkan dan mereka tertakluk pada terma dan syarat program.

Sejak awal penularan wabak ini, SME Bank secara proaktif memainkan peranan untuk membantu sektor PKS yang terjejas dengan menawarkan penangguhan untuk pelanggannya serta pembayaran sewa untuk penyewa di Kompleks Premis Pengusaha SME Bank.

SME Bank juga diberi mandat untuk mengedarkan dua dana melalui PENJANA, iaitu Skim SME Go dan Dana Transformasi Teknologi PKS (STTF), selain pelbagai dana lain yang diumumkan oleh kerajaan melalui PRIHATIN seperti Dana Bantuan Khas (SRF), AgroFood, Kemudahan Automasi dan Digitalisasi (ADF) dan Kemudahan Sektor Ekonomi (AES).

Bantuan pertama adalah program indulgensi yang merujuk kepada penangguhan pembayaran untuk kadar keuntungan pokok dan pembiayaan dan program kedua adalah pembayaran untuk kadar keuntungan sahaja.

“Untuk pelanggan yang memenuhi syarat, perpanjangan dari periode pembiayaan awal juga dapat dipertimbangkan. Ini akan membolehkan mereka menguruskan aliran tunai mereka dengan lebih cekap dan memperbaiki rancangan perniagaan mereka dalam tempoh pemulihan dari Covid-19, ”katanya.

Tinggalkan komen anda