Isteri Guan Eng hadir ke ibu pejabat SPRM


shadow

Betty Chew, isteri kepada bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, dilihat hadir ke pejabat SPRM negeri hari ini.

Perkembangan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan rancangan menuduh Lim di Pulau Pinang pada Isnin dan Selasa depan, selepas satu pertuduhan di Kuala Lumpur pagi ini.

The Star melaporkan, adik Guan Eng, Lim Hui Ying, turut hadir ke SPRM bersama Chew.

Setakat ini masih tidak jelas kenapa mereka dipanggil oleh badan antirasuah itu.

Malaysiakini sudah menghubungi SPRM dan Hui Ying untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Tinggalkan komen anda