Covid-19: 21 kes baru, termasuk tiga dari kluster nasi kandar


shadow

Kementerian Kesihatan memaklumkan terdapat 21 kes baru Covid-19 yang dicatatkan setakat tengah hari tadi, termasuk enam yang dijangkiti melalui penularan tempatan.

Dengan perkembangan itu, jumlah kumulatif kes positif di Malaysia adalah 9,023 kes manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan di negara ini sebanyak 196 kes.

Ketua Pengarah Kesihatran, Dr Noor Hisham Abddullah berkata,  daripada 21 kes baru itu, 15 adalah kes import dan enam adalah penularan tempatan.

Beliau turut memberi perincian kes penularan Covid-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Kedah – tiga kes daripada Kluster PUI Sivagangga. Kes ini bermula dari pemilik restoran nasi kandar di Napoh, Jitra Kedah.
  • Sabah – dua kes: satu kes saringan pra pembedahan di Hospital Queen Elizabeth manakala satu 1) kes saringan pra prosedur di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah.
  • Johor – satu kes saringan pra pembedahan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan terdapat 18 kes pulih hari ini, menjadikan jumlah kumulatif pulih 8,702 kes atau 96.4 peratus daripada jumlah keseluruhan.

“Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes atau 1.385 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.

Tinggalkan komen anda