CEDAR Bimbing Usahawan PKS Tangani Masalah Akibat Covid19


shadow

Untuk memperkukuhkan lagi peranan Bank kepada peniaga, Pusat Pengembangan dan Penyelidikan Usahawan (CEDAR) telah melancarkan PROGRAM PEMBIAYAAN PKS dengan tujuan untuk membolehkan golongan peniaga berpotensi tinggi memenuhi aspirasi mereka dalam mempercepat pertumbuhan perniagaan mereka.

Centre for Entrepreneur Development and Research (CEDAR) Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat hakmilik SME Bank sepenuhnya telah diwujudkan bagi mengenalpasti indikator terbaik dalam membantu golongan PKS.

Diwujudkan pada awal 2013, CEDAR berperanan untuk membantu SME Bank untuk mengembangkan kapasiti dan pembangunan kebolehan usahawan Malaysia bagi memampankan kemajuan perniagaan mereka dalam menyokong Agenda Ekonomi Kerajaan.

Usaha SME Bank dalam membantu usahawan PKS menjana pendapatan dilaksanakan dengan pelbagai cara dan CEDAR adalah salah satu daripadanya.

CEDAR antara lain diwujudkan dengan berfokuskan pembangunan yang berterusan untuk usahawan dalam memastikan pertumbuhan dan kemampanan yang utuh melalui pelbagai kaedah khidmat intervensi seperti kaunseling berasaskan penyelidikan, bimbingan perniagaan, dana mudahcara, pementoran berasaskan hasil dan intervensi perniagaan.

Usahawan bukan sahaja bakal dibantu dari segi pembiayaan malahan turut akan diberi bimbingan dan kaunseling dari pakar-pakar.

Sepanjang tempoh PKP, CEDAR memainkan peranan penting dalam membimbing usahawan yang menerima kesan teruk.

Tinggalkan komen anda