6 vaksin percubaan Covid-19 masuk fasa ke-3


shadow

Enam vaksin percubaan Covid-19, termasuk 3 dari China, kini memasuki percubaan fasa ke-3, lapor agensi berita Xinhua, memetik pegawai kanan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis.

Tiga vaksin percubaan itu dari Sinovac, Institut Produk Biologi/Sinopharm Wuhan, dan Institut Produk Biologi/Sinopharm Beijing, kata Pengarah Eksekutif Program Kecemasan Kesihatan WHO Michael Ryan pada taklimat maya.

Tiga lagi vaksin dihasilkan Universiti Oxford/AstraZeneca, Moderna/NIAID dan BioNTech/Pharma Pharma/Pfizer.

Pada fasa ke-3, buat pertama kali, vaksin akan dimasukkan ke dalam populasi umum, sebelum menumpukan kepada ciri keselamatan, keimunogenan, dan tindak balas imun pada sebilangan kecil manusia.

Ujian fasa ke-3 akan menguji sama ada vaksin dapat “melindungi sejumlah besar orang dalam jangka masa panjang.”

Namun, “tidak bermaksud fasa ke-3 ini vaksin sudah hampir tersedia,” katanya, kerana “tiada jaminan mana-mana daripada 6 vaksin percubaan itu akan memberi kita jawapan.”

Secara keseluruhan, 165 vaksin percubaan sudah melalui beberapa ujian dan 26 daripadanya ujian klinikal, menurut WHO.

Tinggalkan komen anda