SME Go Sediakan Pembiayaan Untuk Kontraktor G2 dan G3


shadow

Tempoh PKP sememangnya menjejaskan perjalanan perniagaan terutama bagi golongan kontraktor. Agak sukar untuk meneruskan sesuatu kontrak kerajaan sekiranya aliran wang semakin sempit saban hari.

Menawarkan bantuan kewangan sehingga RM 1 juta, menerusi skim SME Go, mana-mana kontraktor G2 dan G3 dengan status PKS boleh meneruskan perniagaan.

Mungkin masih ramai syarikat-syarikat kontraktor yang masih belum mengetahui, SME Bank telah menawarkan skim ini khas bagi membantu kontraktor yang telah mendapat kontrak dari Kerajaan Persekutuan, Kerajaan, Kementerian atau Jabatan.

Semua kontraktor G2 dan G3 dengan status PKS seperti yang ditentukan oleh Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS Nasional (NESDC) yang telah diberikan kontrak berpeluang untuk mendapatkan bantuan kewangan menerusi skim tersebut.

Asalkan syarikat kontraktor terbabit berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pejabat berkuasa  dan daerah untuk Sabah dan Sarawak, maka mereka layak untuk memohon.

Jangan lupa, syarikat anda juga perlu berdaftar dengan Kementerian Kewangan (MOF) atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) atau Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) atau badan perlesenan atau pendaftaran lain yang berkaitan.

Perlu diingat, syarikat kontraktor perlu melaksanakan kontrak kerajaan dan bukannya di ‘SUB’ kan kepada syarikat lain.

Skim SME Go boleh menawarkan bantuan sehingga 100% daripada kos kontrak, asalkan syarikat kontraktor memenuhi syarat yang ditetapkan.

Bagaimana untuk memohon?

Pastikan anda mempunyai dokumen-dokumen yang diperlukan.

Kontraktor diminta untuk mengemukakan dokumen berikut:

*Salinan kad pengenalan semua pengarah / pemegang saham / rakan kongsi / pemilik / penjamin

*Salinan pendaftaran perniagaan yang sah seperti SSM, pihak berkuasa tempatan, MOF, CIDB dan PKK.

*Dokumen kesetiausahaan yang diperakui (contohnya Borang 24, Borang 49, M&A, mana yang berkenaan)

*Surat Penghargaan atau Inden Kerajaan.

*Makluman tugasan kontrak kerajaan

*Perincian kos projek.

*Salinan penyata bank 6 bulan terkini yang diperakui.

*Akaun pengurusan / pengurusan terkini

*Sebarang dokumen lain yang diperlukan oleh Bank yang berkaitan dengan pembiayaan.

Tinggalkan komen anda