Putrajaya wajibkan semula kuarantin kemasukan dari luar negara


shadow

PUTRAJAYA melaksanakan semula arahan kuarantin wajib kepada mereka yang memasuki negara ini mulai Jumaat, kata Ismail Sabri Yaakob.

Menteri kanan itu berkata keputusan berkenaan dibuat susulan lonjakan kes sejak minggu lalu dengan banyak yang dikesan positif di kalangan kumpulan ini.

Katanya, mereka yang memasuki negara ini akan segera dihantar ke pusat kuarantin.

“Semua yang balik dari luar negara termasuk warga asing yang diizinkan masuk ke negara ini, akan diwajibkan kuarantin di pusat kuarantin ditetapkan oleh kerajaan.

“Tiada lagi kuarantin wajib dari rumah bermula Jumaat (24 Julai) tetapi akan dibuat di pusat kuarantin wajib seperti yang dilaksanakan sebelum perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP),” katanya pada sidang media hari ini.

Ismail berkata rakyat Malaysia yang kembali ke negara ini tidak perlu lagi menjalani ujian Covid-19 sebelum berangkat ke negara asal masing-masing. 

Bagaimanapun, rakyat Malaysia masih diminta menjalani ujian Covid-19 sebelum pulang.

“Semua yang akan dikuarantin perlu menanggung kos penuh perkhidmatan kuarantin,” katanya.

Tinggalkan komen anda