Program subsidi petrol tidak akan diteruskan


shadow

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Kewangan memutuskan untuk tidak akan meneruskan program subsidi petrol (PSP).

Timbalan Menteri KPDNHEP Rosol Wahid memaklumkan Dewan Rakyat perkara itu akan dibawa ke jemaah menteri untuk memuktamadkan pendirian kerajaan.

“Pada 9 Julai pihak KPDNHEP dan Kementerian Kewangan mengadakan mesyuarat berkenaan hala tuju program susbsidi petrol ini dan memutuskan 2 perkara: Pertama, KPDNHEP dan Kementerian Kewangan bersetuju untuk tidak melaksanakan PSP dan akan membawa perkara itu dalam perbincangan Kabinet untuk memuktamadkan pendirian kerajaan untuk tidak melaksanakan program tersebut,” katanya.

Tinggalkan komen anda