Moratorium Tamat: SME Bank Sedia Initiatif Lain Bantu Usahawan Bayar Semula Pembiayaan


shadow

Tempoh PKP ternyata memberi impak besar buat usahawan beroperasi dan ia sekaligus menjejaskan pendapatan mereka.

Bagi meringankan bebanan usahawan kecil dan sederhana PKS, SME Bank menyediakan pelan penstrukturan bayaran semula pembiayaan buat usahawan.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank Aria Putera Ismail berkata, tempoh moratorium semakin tamat, namun tidak semua usahawan dapat beroperasi seperti biasa.

Atas dasar itu, SME Bank mengambil langkah untuk menyediakan initiatif lain buat usahawan untuk membuat pembayaran semula pembiayaan.

“SME Bank menyeru pelanggan untuk tampil ke mana mana cawangan bank bagi membincangkan rancangan pembayaran balik pembiayaan mereka selepas tamat tempoh moratorium September ini.

“Ramai usahawan kecil dan sederhana PKS akan memerlukan penjadualan dan penstrukturan semula pembiayaan selepas menerima kesan besar Perintah Kawalan Pergerakan PKP.” katanya.

Usahawan PKS digalakkan untuk terus ke cawangan SME Bank terdekat bagi membolehkan pihak bank membantu meringankan bebanan mereka.

Tinggalkan komen anda