KSN jadi pemudahcara antara agensi – Muhyiddin


shadow

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Mohd Zuki Ali, bakal menjadi peneraju utama bagi memudahcara antara agensi kerajaan dalam usaha untuk mengembalikan ekonomi negara ke landasan yang sewajarnya, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata, ia berikutan ketika ini penjawat awam berdepan cabaran menawarkan perkhidmatan, berikutan situasi yang berubah ekoran penularan pandemik COVID-19 yang menyaksikan banyak sektor di negara ini terjejas.

Beliau berkata, ada amalan yang selama ini diguna pakai sejak sekian lama, sudah tidak lagi sesuai dengan situasi semasa.

Katanya, ia bagi membolehkan sebarang isu dibangkitkan terutama membabitkan audit dapat diputuskan secara rasmi.

“Maka, untuk memastikan kembali seperti sedia kalau, dalam situasi normal baharu, atau norma baharu, ia memerlukan satu tindakan lebih tersusun, yang lebih terancang dan teratur dengan dokongan setiap peringkat, terutama dalam pentadbiran kerajaan kerana kitalah pembekal perkhidmatan terbesar di negara kita.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir pada majlis perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Perdana Putra hari ini. - Foto BERNAMA
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir pada majlis perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Perdana Putra hari ini. – Foto BERNAMA

“Perkhidmatan kita ini diperlukan semua pihak termasuk sektor ekonomi yang terjejas teruk. Apa peranan kita?

“Peranan kita ialah untuk ‘facilitate’ (memudahkan), not to frustrate (bukan untuk mengecewakan),” katanya pada Perhimpunan Bulanan pertamanya di Dataran Perdana, di sini, pagi ini.

Selepas empat bulan menerajui negara, hari ini buat pertama kali Perdana Menteri, menghadiri Perjumpaan dengan kakitangan Jabatan Perdana Menteri.

Perhimpunan bulanan anjuran Jabatan Perdana Menteri itu, diadakan di Dataran Perdana di Bangunan Perdana Putra, di sini dengan dihadiri kira-kira 250 pegawai dan kakitangan.

Tinggalkan komen anda