Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah pada suatu kenyataan berkata tiga kes import melibatkan dua rakyat Malaysia dan seorang bukan warga negara dengan tarat penduduk tetap.
“Kedua-dua kes penularan di dalam negara adalah di kalangan warganegara Malaysia iaitu kes-kes saringan pra pembedahan…
“Tiada penularan dalam negara di kalangan bukan warganegara dilaporkan pada hari ini,” katanya.
Menurut Dr Noor Hisham penularan tempatan dikesan di Hospital Queen Elizabeth, Sabah dan di sebuah pusat perubatan di Seremban, Negeri Sembilan.
“Sehingga 5 Julai 2020 pukul 12 tengah hari, terdapat lima kes baru yang telah dilaporkan.
“Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,663 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 77 kes.
“Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” jelas beliau.
Tiada kematian baru dilaporkan, menjadikan jumlah korban setakat ini kekal 121 orang.
Tinggalkan komen anda