Kecoh hari ini di media sosial berikutan dakwaan page Facebook ‘Dr Mahathir Mohamad’ telah menyekat serta membuang hantaran komen netizen.
Tinjauan The Malaysia Online ke page berkenaan mendapati sememangnya terdapat begitu banyak komen yang menggunakan ungkapan kebencian, lucah dan hinaan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.
Malah, terdapat juga komen dari Datuk Seri Mohd Najib Razak di page berkenaan namun ia tidak pula dibuang oleh pihak admin.

Antara komen yang berjaya kami lihat dan simpan termasuklah:
‘Morsi Mahad- atuk ni dah sewel, nyanyuk, mana die ingat die beri bilion pada anak ei. Elok la tuk besuk mati beli pulau kek langkawi, buek mouseleum mcm taj mahal. Dah mampus atuk nanti blh gomen yg ada ado kojokan anak2 atuk sampai papo kedano. Ingat la tuk, balasan Allah swt. Blh berlaku ateh dunia jugak.’
‘Real Arms- Admin mana…. Syed Suck Dick tak nak backup ke… Mazlee capang mana… SupoL yg dulu dok canang kuar keje bwk 50 hengget mana…’
‘Afuanka- Dah nyanyuk tahap teruk Saka Tua nie’




Sejak malam tadi, kami cuba berkomunikasi dan mendapatkan respon pihak admin page ‘Dr Mahathir Mohamad’ berkaitan isu yang diviralkan.
Namun, pihak admin page terbabit hanya menyatakan bahawa hanya komen-komen yang menggunakan kata-kata penghinaan dan lucah sahaja dibuang.
“Kami hanya banned atau delete komen-komen yang menggunakan perkataan lucah dan penghinaan yang teruk sahaja.
“Sekiranya komen yang dibuat dari akaun palsu (Fake Id) serta tidak ada unsur kebencian maka ia masih ada di posting terbabit.
“Jika kesemua komen telah dibuang, maka sudah pasti komen Najib juga kami buang,” demikian kata admin page berkenaan.
Apa-apa pun, netizen harus akur dengan tindakan admin page berkenaan berikutan membuat hantaran komen berunsur kebencian.
Rata-rata netizen yang masuk dilihat terdiri dikalangan penyokong Najib Razak.
Adakah Najib Razak menggunakan khidmat ‘cybertroopers’ dan menyerang page Dr Mahathir Mohamad?
arisfadzilla ahmad
Habis tu takan yg murni murni je nak simpan. Kalau melucah memang tak patut lah tapi komen negatif kenapa nak delete lepas tu blok netizen. Kata kebebasan bersuara. Page DS Najib macam macam orang gelar tapi tapi komen tetap melekat