Temu bual kritik PM, PN – Polis siasat Syed Saddiq


shadow

Polis akan merakamkan kenyataan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung temu bual yang disertainya pada Mac lalu yang mengkritik Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Syed Saddiq berkata Bukit Aman memaklumkan kepadanya pada 13 Jun bahawa dia disiasat kerana kemunculannya di dalam program Al Jazeera, UpFront pada 6 Mac lalu.
https://www.youtube.com/watch?v=swhmkTOVt6M&feature=youtu.be APPEARANCE

Dia dijadualkan memberikan keterangan pada jam 2 petang hari ini di Bukit Aman.

“Saya akan memberikan kerjasama penuh kepada polis,” katanya.

Timbalan pengarah (siasatan/perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan perkara itu kepada Malayiakini ketika dihubungi.

Beliau turut mengesahkan Syed Saddiq kini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jika didapati bersalah pada kesalahan pertama di bawah Seksyen 4(1) – yang melibatkan cubaan yang mempunyai kecenderungan menghasut- boleh dihukum sehingga tiga tahun penjara, denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Jika didapati bersalah di bawah Seksyen 233- yang melibatkan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain- boleh berdepan hukuman penjara sehingga satu tahun, denda RM50,000, atau kedua-duanya.

Pesalah juga boleh dihukum dengan denda RM1,000 setiap hari lagi jika kesalahan itu berterusan selepas sabit kesalahan.

Semasa siaran temu bual itu, yang disiarkan tidak lama selepas pembentukan kerajaan PN, Syed Saddiq meluahkan rasa kekecewaannya terhadap Muhyiddin kerana bersekongkol dengan “kleptokrat” meskipun pernah berikrar memerangi mereka.

Dia turut menyifatkan pentadbiran baru itu sebagai “tidak sah” dan kerajaan “pintu belakang”.

Syed Saddiq menyokong pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad, yang kini tidak sehaluan dengan presiden Bersatu Muhyiddin.

Siasatan terhadap bekas menteri belia dan sukan itu hadir selepas polis menyiasat bekas menteri air, tanah dan sumber Asli Xavier Jayakumar dan bekas timbalan menteri pembangunan wanit,a keluarga dan masyarakat, Hannah Yeoh.

Tinggalkan komen anda