AGENSI anti rasuah menahan seorang penasihat khas kepada ahli Parlimen di Johor untuk disiasat kerana membuat tuntutan palsu berjumlah RM58,000.
Lelaki itu yang juga pengarah sebuah syarikat ditahan petang tadi, kata sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Suspek baru ditahan di SPRM Kuala Lumpur dan akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bagi permohonan reman esok,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Razaliah Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.
Menurut sumber, penasihat ahli Parlimen itu membuat tuntutan palsu kepada pusat khidmat rakyat Parlimen berkenaan bagi pembekalan makanan untuk majlis rumah terbuka.
Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Tinggalkan komen anda