Spa, pusat refleksologi dibenarkan kembali operasi 1 Julai


shadow

SPA, pusat kesihatan dan refleksologi akan dibenarkan kembali beroperasi mulai 1 Julai, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata mereka perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Mereka perlu mendaftarkan pelanggan, periksa suhu badan, memakai topeng pelitup muka dan cecair pembasi kuman.

“Namun, hanya rakyat Malaysia dibenarkan bekerja. Mereka juga perlu menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum dibenarkan beroperasi semula,” katanya pada sidang akhbar harian berkenaan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) di Putrajaya hari ini.

Ismail Sabri berkata mesyuarat, aktiviti pameran dan konvensyen, selain karnival pelancongan dan perdagangan juga akan dibenarkan untuk beroperasi semula. – 26 Jun, 2020.

Tinggalkan komen anda