Separuh aduan diterima KKM berkaitan sokongan emosi


shadow

 Lebih 50 peratus daripada 9,338 aduan awam yang diterima Kementerian Kesihatan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah berkaitan keperluan sokongan emosi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata aduan berkenaan diperoleh melalui platform talian sokongan psikososial dan perkhidmatan kaunseling secara virtual melalui aplikasi terkini, yang disediakan kementerian dengan kerjasama pelbagai agensi lain.

“Antara isu yang dibangkitkan bagi mereka yang memerlukan sokongan emosi ini adalah stres, risau dan putus harapan, diikuti faktor sosial seperti hilang pekerjaan, tiada sumber pendapatan dan masalah hubungan interpersonal.

“Selain itu, ada juga yang menelefon kita dan menyuarakan kebimbangan mereka mengenai COVID-19 iaitu kira-kira 18.8 peratus dan kita mengambil peluang ini untuk memberi maklumat terkini mengenainya,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Tinggalkan komen anda