Sekolah dibuka semula 24 Jun, umum menteri


shadow

SEKOLAH akan dibuka semula pada 24 Jun ini, umum Menteri Pendidikan Mohd Radzi Md Jidin, namun terhad untuk murid yang akan menduduki peperiksaan awam atasan yang sebelum ini ditangguhkan sehingga sebelum April tahun depan.

Pelajar yang diminta ke sekolah dua minggu lagi ialah mereka akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), serta peperiksaan antarabangsa yang setara.

Katanya, keputusan membuka semula sekolah itu dibuat setelah mengambil kira nasihat Majlis Keselamatan dan Kementerian Kesihatan.

“Ibu bapa bagaimanapun diminta memastikan hanya anak-anak yang sihat saja dihantar ke sekolah,” katanya dalam sidang media yang disiarkan secara langsung di televisyen, petang ini.

Sesi persekolahan yang dibuka semula ini akan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan dan diedar minggu lalu, katanya.

“Garis panduan ini akan ditambah baik dari masa ke masa,” kata menteri.

Tinggalkan komen anda