Pertambahan kuota haji tahun depan bergantung pada Kerajaan Arab Saudi


shadow

Pertambahan kuota haji bagi membolehkan lebih ramai jemaah menunaikan ibadat itu pada tahun depan adalah bergantung pada keputusan Kerajaan Arab Saudi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata pihaknya akan membincangkan perkara itu secara terperinci melalui kunjungan ke Arab Saudi kelak.

“Jika diizinkan, insya-Allah selepas wabak COVID-19 selesai, kami akan mengunjungi Arab Saudi untuk berbincang, termasuk mengenai isu ini, dan membina hubungan terbaik mungkin,” katanya pada sidang media khas di Putrajaya, hari ini.

Tinggalkan komen anda